1. Berdoa kepada Allah
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa memohn rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita tidak melakukannya?
“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” [HR. Ahmad]
2. Perbanyak istighfar dan taubat
Istighfar membuka pintu rezeki, kenapa kita tidak pernah memperbanyak
istighfar? Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam mengucapkan istigfar
kepada Allah sangat banyak, setiap hari. Sementara baginda adalah
manusia yang sudah dijamin syurga.
Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:
فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠)
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ
بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ
أَنْهَارًا
Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada
Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan
anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di
dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)
Allah menjelaskan lebih detail mengenai hubungan rezeki dengan
istighfar seperti dalam ayat diatas. Didukung dengan hadits nabi yang
menyatakan hal yang sama.
Disebutkan dalam suatu hadis:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ
مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا
يَحْتَسِبُ
Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah
menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap
kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak
disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih
sanadnya oleh Ahmad Syakir. ) (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)
3. Menyambung silaturahmi.
Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan menyambung
silaturahmi kepada kerabat. Silaturahmi di sini bukan dalam erti
berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan yang
baik dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.
Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil sehingga
sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai
sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya.
Dijelaskan
dalam sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi memperpanjang umur dan
memperbanyak rezeki.
“Siapa yang bertakwa kepada Rabbnya dan menyambung silaturahmi
nescaya akan diperpanjang umurnya dan hartanya akan diperbanyak, serta
keluarganya akan mencintainya.” [HR Bukhari: hadis no. 58]
4. Perbanyak sedekah.
Sedekah atau sedekah bboleh dilakukan dengan wang mahupun makanan,
diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah
menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu
makna yang tersirat adalah memperbanyak harta.
Dari Asma’ binti Abu Bakar berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bahawa:
“Janganlah engkau menyimpan harta tanpa menyedekahkannya, jika tidak maka Allah akan menahan rezeki untukmu.”
Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar bersedekah. Hal
itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula Allah
memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk
sedekah kerana mengetahui keutamaannya.
Allah Akan Mnggantikan Harta Orang yang Bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai
dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata :
‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang
diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang
menahan (bakhil) akan kerugian.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Sholat Dhuha
Sholat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu dhuha.
Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit
sebelum masuk waktu zuhur.
Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di badan ini
dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh
dibayar dengan solat dhuha.
“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang
badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah
sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah
sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari
semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.” [HR
Muslim 1181]
Memang tidak dijelaskan secara jelas hubungan solat dhuha dan rezeki.
Akan tetapi kita boleh mengambil kesimpulan bahawa solat dhuha sama
dengan sedekah
Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh kita lakukan
jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan bagi
kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia
semata, akan tetapi akhirat yang diutamakan;.
Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan ikhlas dan
mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya di
dunia maka bersyukurlah.